Student's Academical Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Place for Malaysian Polytechnic Mechanical Students to discuss academically


You are not connected. Please login or register

JJ102 - Electrical Technology

Go down  Message [Page 1 of 1]

1JJ102 - Electrical Technology Empty JJ102 - Electrical Technology Wed Jul 06, 2011 12:30 pm

admin


Admin

NOTA RINGKAS

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK

1.0 PENGENALAN KEPADA ELEKTRIK

Elektrik adalah merupakan satu tenaga yang tidak dapat dilihat tetapi boleh dirasai dan digunakan oleh manusia pada hari ini dan akan datang. Tenaga elektrik dapat dihasilkan kesan daripada tindakan:-
a) Geseran
b) Haba
c) Aruhan elektromagnet

Tindakan daripada tenaga elektrik boleh ditukarkan kepada beberapa punca tenaga yang lain yang boleh digunakan seperti:
a) Tenaga cahaya - seperti lampu
b) Tenaga haba - seperti seterika
c) Tenaga bunyi - seperti radio
d) Tenaga gerakan - seperti motor

Elektrik terdiri daripada dua (2) jenis iaitu elektrik statik dan elektrik dinamik.
a) Elektrik Statik – Keadaan di mana tiada pergerakan elektron
dalam arah tertentu.
b) Elektrik Dinamik – Keadaan di mana terdapat pergerakan
elektron dalam arah tertentu.

1.1 KUANTITI ASAS ELEKTRIK

1.1.1 Daya Gerak Elektrik (d.g.e)
Daya atau tekanan elektrik yang menyebabkan cas elektrik
mengalir. Contoh sumber yang menghasilkan tenaga elektrik
adalah bateri dan janakuasa.

Simbol : E
Unit : Volt(V)


1.1.2 Cas Elektrik
Terdiri daripada cas positif dan cas negatif. Kuantiti cas ini
dinamakan Coulomb.

Simbol : Q
Unit : Coulomb(C)


1.1.3 Arus
Pergerakan cas elektrik yang disebabkan oleh pergerakan
elektron bebas. Ia mengalir dari terminal positif ke terminal
negatif.

Simbol : I
Unit : Ampiar (A)


1.1.4 Bezaupaya (voltan)
Perbezaan keupayaan di antara dua titik dalam litar elektrik.

Simbol : V
Unit : Volt(V)


1.1.5 Rintangan
Merupakan penentangan terhadap pengaliran arus.

Simbol : R
Unit : Ohm


1.1.6 Pengalir
Bahan yang membenarkan arus elektrik melaluinya kerana ia
mempunyai bilangan elektron bebas yang banyak. Contohnya besi
dan kuprum.

1.1.7 Penebat
Bahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir
melaluinya. Ia mempunyai banyak elektron valensi tetapi sukar
dibebaskan. Contohnya getah, kaca, minyak dan oksigen.

1.1.8 Separa Pengalir (semikonduktor)
Bahan yang mempunyai ciri-ciri elektrikal di antara penebat
dan pengalir. Ia mempunyai empat(4) elektron valensi dan
digunakan untuk membuat komponen elektronik. Contohnya
silikon ,germanium dan karbon.

1.1.9 Kerintangan
Merupakan sifat bahan pengalir di mana ianya melawan atau
mengurangkan aliran arus elektrik untuk melaluinya,

[b]Simbol : (Rho)
Unit : Ohm meter


1.2 RINTANGAN
Merupakan satu keadaaan yang menghalang pergerakan arus melaluinya. Terdapat empat (4) faktor yang mempengaruhi nilai rintangan iaitu ;

1.2.1 Panjang pengalir,
Nilai rintangan dawai akan bertambah tinggi jika dawai
tersebut bertambah panjang. Ia berkadar terus dengan panjang
dawai tersebut.

1.2.2 Luas Permukaan , A
Rintangan berkadar songsang dengan luas muka keratan rentas
dawai.

1.2.3 Kerintangan
Kerintangan adalah berkadar langsung dengan nilai rintangan.

1.2.4 Suhu Pengalir, T
Suhu pengalir juga mempengaruhi nilai rintangan. Semakin
tinggi suhu pengalir semakin tinggi nilai rintangan.




MUAT TURUN NOTA PENUH

2JJ102 - Electrical Technology Empty Re: JJ102 - Electrical Technology Mon Aug 08, 2011 6:23 am

admin


Admin

BAB 2 : PERARUH, PEMUAT, LITAR ARUS ULANG ALIK


MUAT TURUN NOTA PENUH (PERARUH)

MUAT TURUN NOTA PENUH (PEMUAT)

MUAT TURUN NOTA PENUH (ARUS ULANG ALIK)

3JJ102 - Electrical Technology Empty Re: JJ102 - Electrical Technology Mon Aug 08, 2011 7:25 am

admin


Admin

BAB 3 : SISTEM TIGA FASA


MUAT TURUN NOTA PENUH (TEORI)

MUAT TURUN NOTA PENUH (KAEDAH SAMBUNGAN)

4JJ102 - Electrical Technology Empty Re: JJ102 - Electrical Technology Tue Aug 09, 2011 9:47 am

admin


Admin

BAB 4 : PRINSIP ASAS ELEKTROMAGNET


MUAT TURUN NOTA PENUH

5JJ102 - Electrical Technology Empty Re: JJ102 - Electrical Technology Tue Aug 09, 2011 9:51 am

admin


Admin

BAB 5 : PENGUBAH


MUAT TURUN NOTA PENUH

6JJ102 - Electrical Technology Empty Re: JJ102 - Electrical Technology Tue Aug 09, 2011 9:56 am

admin


Admin

BAB 6 : MESIN ARUS ULANG ALIK


MUAT TURUN NOTA PENUH (BAHAGIAN 1)

MUAT TURUN NOTA PENUH (BAHAGIAN 2)

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum