Student's Academical Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Place for Malaysian Polytechnic Mechanical Students to discuss academically


You are not connected. Please login or register

J5223 - Ceramic, Glass and Composite Technology

Go down  Message [Page 1 of 1]

admin


Admin

KURSUS : J5223 TEKNOLOGI SERAMIK, KACA % KOMPOSIT

JANGKA MASA : 1 SEMESTER (15 MINGGU)
TEORI : 30 JAM
AMALI : 15 JAM

JAM KREDIT : 2.5

PRASYARAT : TIADA



SINOPSIS

TEKNOLOGI SERAMIK, KACA & KOMPOSIT membolehkan pelajar memahami perihal bahan-bahan seramik, kaca dan komposit dalam aspek-aspek seperti struktur asas, sifat-sifat mekanikal, elektrikal, fizikal, kimia serta langkah-langkah pemprosesan. Ia juga meliputi aspek mengenai jenis pengujian bahan berasaskan seramik.


OBJEKTIF

Di akhir modul ini, pelajar dapat :

1. menerangkan bahan seramik dari aspek struktur asas,
pemprosesan, sifat elektrik, sifat mekanikal, sifat fizikal,
sifat kimia, pengujian bahan berasaskan seramik dan kriteria
pemilihan bahan ini dalam rekabentuk kejuruteraan.

2. menerangkan bahan kaca dari apek struktur asas, pemprosesan,
sifat fizikal, sifat mekanikal, kaedah pengukuhan bahan kaca,
proses pembentukan produk bahan kaca dan pemilihan bahan ini
dalam rekabentuk kejuruteraan.

3. menerangkan bahan komposit dari aspek jenis-jenis bahan asas,
sifat mekanikal, sifat fizikal, sifat kimia dan kriteria
pemilihan bahan ini dalam rekabentuk kejuruteraan.


1.0 STRUKTUR MIKRO SERAMIK
Topik ini merupakan pengenalan kepada struktur asas silikat yang membentuk bahan seramik. Topik ini menerangkan jenis-jenis ikatan yang membentuk bahan seramik.
2.0 PEMPROSESAN BAHAN SERAMIK
Topik ini menerangkan langkah-langkah asas pemprosesan bahan seramik dari penyediaan bahan mentah, proses pembentukan, penekan, rawatan haba sehinggalah penyempurnaannya
3.0 SIFAT ELEKTRIK, MEKANIKAL, FIZIKAL DAN KIMIA BAHAN SERAMIK
Topik ini menerangkan 4 sifat utama bahan seramik iaitu sifat elektrik, sifat mekanikal, sifat fizikal dan sifat kimia. Sifat elektrik meliputi dielektrik, penebat, kapasitor, separa pengalir dan feroelektrik, manakala sifat mekanikal adalah seperti kerapuhan, kemampatan, ketegangan, kelenturan, kelinciran, keliatan, kehausan dan kekerasan. Sifat fizikal dan sifat kimia pula adalah seperti ketahanan terhadap suhu, kakisan dan ketoksidan.
4.0 PENGENALAN KEPADA BAHAN KACA
Topik ini memberi kefahaman tentang struktur asas bahan kaca. Topik ini juga menerangkan langkah-langkah pemprosesan pembentukan bahan kaca dari bahan mentah.
5.0 SIFAT FIZIKAL DAN MEKANIKAL KACA
Topik ini menerangkan sifat-sifat fizikal dan mekanikal bahan kaca. Sifat-sifat ini meliputi lutsinar, suhu aliran kaca, kelikatan kaca, perubahan terhadap haba, kekerasan dan keliatan bahan ini.
6.0 KAEDAH PENGUKUHAN BAHAN KACA
Topik ini meliputi 2 jenis pengukuhan bahan kaca iaitu secara kimia dan haba.
7.0 PROSES PEMBENTUKAN PRODUK BAHAN KACA
Topik ini menerangkan pelbagai jenis proses pembentukan produk bahan kaca iaitu penggelekan, penarikan, peseratan, peniupan, penekanan, tuangan emparan dan pelenturan.
8.0 PENGENALAN KEPADA BAHAN KOMPOSIT
Topik ini memberi takrifan tentang bahan komposit. Topik ini juga menerangkan jenis-jenis bahan komposit dan bahan komposit jenis matriks. Selain itu, penerangan bahan komposit berasaskan plastik juga disentuh.
9.0 SIFAT-SIFAT MEKANIKAL, FIZIKAL DAN KIMIA BAHAN KOMPOSIT
Topik ini menerangkan sifat-sifat mekanikal, sifat fizikal dan sifat kimia bahan komposit. Sifat-sifat itu termasuk ketegasan, modulus elastik, ketumpatan, rintangan terhadap haba dan ketahanan terhadap kakisan.
10.0 PENGUJIAN BAHAN BERASASKAN SERAMIK
Topik ini merangkumi pelbagai jenis ujian terhadap bahan-bahan berasaskan seramik. Antara ujian itu adalah ujian kekuatan tanah liat, ujian analisa saiz serbuk, ujian menentukan kelembapan, ujian kelikatan seramik cair dan ujian modulus of rupture.
11.0 PEMILIHAN BAHAN
Topik ini memberi gambaran tentang kriteria pemilihan bahan seramik, kaca dan komposit bagi tujuan rekabentuk. Kriteria-kriteria itu meliputi kekuatan mekanikal, ketahanan terhadap agen kakisan, kos, ciri-ciri fizikal, ciri-ciri estetika, mudah diperolehi, dan sifat lutsinar.

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum